CURRENT ACTIVITY

Wednesday, 5 March 2014

JOM BERJAYA!



MENGAPA BELAJAR?





 Di zaman moden ini orang yang tidak ke sekolah tidak ada lagi. Mungkin ada satu atau dua kes keciciran namun akan segera di atasi.Mengapa ya?

        Tentu sekali kerana dasar kerajaan Malaysia kita yang membuka seluas-luas peluang bersekolah untuk para murid. Namun saya terfikir pula mengapa begitu ramai pelajar namun jumlah yang berjaya masih begitu sedikit?

        Adakah kerana ibubapa?atau sekolah kah?Pada hemat saya berjaya atau tidak seseorang pelajar banyak bergantung pada kesedaran pelajar itu sendiri tentang betapa pentingnya ilmu dalam hidup dia suatu waktu nanti. Ibubapa dan guru adalah pemangkin kepada kejayaan murid. Selebihnya bergantung pada diri murid itu sendiri jua.

        Lantaran itu, untuk berjaya seseorang murid perlu mengubah tanggapan pada diri sendiri kepada yang positif. Ini sangat penting untuk mengubah sikap sendiri. 

Ingat, jika anda tidak mendisiplinkan diri sendiri, maka siapa lagi yang akan mengambil tanggungjawab itu?Jika anda mahu berjaya bermulalah dari sekarang tidak kiralah di usia mana pun anda berada.

                                
         
                                      Selamat Berusaha!

                          

KUCING OH KUCING...



Hi semua..apa khabar?harap semua pun sihat sejahtera di tahun 2014 ini. Hari ini saya ingin bercakap tentang jenis-jenis kucing. Saya bukanlah pakar kucing tapi saya memang peminat kucing.

Tahukah anda semua kucing telah berada dikalangan manusia kira-kira 9,500 tahun yang lampau?

Ini hanyalah beberapa jenis kucing yang saya kira comel dan menarik. Harap anda juga menyukainya
Asian@Malayan cat, dibiakkan di United Kingdom

Australian Mist yang berasal dari Australia


                Kucing Siam yang comel bermata biru.

  
             Ini pula kucing Scottish Fold bertelinga 
             kelepet ,berasal dari Scotland. Comel bukan?



          Dan dua yang terakhir ini di panggil kucing Turkish Angora yang berasal dari Angora(nama lama bagi Ankara),Turki.


Tentunya masih banyak lagi jenis-jenis kucing di dunia ini. Sekian dulu, jaga diri. 

Hiasankan diri dengan peribadi yang mulia dan menyenangkan. 

note : all pictures are credited to Google images