CURRENT ACTIVITY

Thursday, 30 May 2013

KASUT KELOPAK JANTUNG

Kasut Kelopak Jantung
oleh MAB

Sinopsis
Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. 

Hadiah seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. 

Hadiah itu telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga dekad yang lalu. 

Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanya Ahmad, bekas muridnya sama ada Ahmad sudah membeli kasut atau belum.

 Pertanyaan yang sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut. 

Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan Cikgu Harun. 

Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian seragam sekolah yang lengkap seperti murid-murid lain. 

Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng sekolah hampir seminggu lamanya.

Cikgu Harun terpaksa datang ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke sekolah. 

Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun.

 Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihannya.

 Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk Ahmad. 

Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. 

Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan berjenama. 

Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. 

 sumber dari:



Dibawah ini adalah filem pendek yang diarahkan oleh Noor Fazira dengan bimbingan Cikgu Hailmi sebagai Pengarah Mentor, filem pendek ini ditayangkan semasa Sambutan Hari Guru SMK Luar Bandar No.1 Sibu 2012 Peringkat Sekolah.






TEMA
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Nilai murni à Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -Ketabahan
Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -Kesabaran
Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -Kegigihan
Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -Bertanggungjawab
Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Nilai muri -Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hati
Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

sumber dari:

KALUGA?WHAT'S THAT?


The Kaluga (Huso dauricus) is a large predatory sturgeon found in the Amur River basin.


Amur river is the world's tenth longest river, forming the border between the Russian Far East and Northeastern China (Inner Manchuria).


This fish is also known as the river beluga, they are claimed to be the largest freshwater fish in the world, with a maximum size of at least 1,000 kg (2,205 lb) and 5.6 m (18.6 ft).

This fish has numerous nail-like teeth in its jaws, and feeds on salmon and other fish in the Amur by hunting them. It can eat five salmon at one time!

The Kaluga has been hunted to near extinction for its valuable roe and in spite of constant anti-poaching patrols by the police rivers, poachers still continue to catch the fish.

Fishing for Kaluga anywhere in the Amur river is an offense punishable by law. 

Kalugas are known to have an aggressive nature and there are instances of them toppling fishing boats and drowning fishermen, although there is no concrete evidence of them assaulting or hunting people.

Local fishermen have suggested that the Kaluga can grow well up to twenty feet in length and can weigh around 1500 kilos. The Kaluga is one of the biggest of the sturgeon family.